Wednesday, April 29, 2015

Sesuatu yang pelik di luar masjid [DOP]

Cerita semalam nya..

Hari ke empat - 9/4/2015
Kampung Paya Sipot - Pekan Tajau ( 79 km )

Aku keluar dari madrasah Al- Ulum seusai solat suboh. Sebelum tu aku berjumpa dengan isteri ustaz untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian beliau menumpangkan aku bermalam di situ. Jika aku tunggu ustaz tu mungkin jam 9 pagi pun belum tentu aku mulakan kayuhan. Tak mengapalah jika tak dapat ambil gambar batu titik tengah semenanjung. Sekurang-kurangnya aku dah sampai ke lokasi yang disebut.

Di simpang jalan aku berhenti untuk bersarapan pagi. Uhf ! ada nasi kerabu lah. Nampak sedap ja, cam nak ja. Macam biasa makan dan 'tapau' buat bekalan tengahari nanti.

masih terbayang kesedapannya
Hari ni kayuhan jauh sedikit dari hari sebelumnya. Kedai makan pun ada di sepanjang jalan, jadi aku malas nak masak. Berhenti rehat di Temerloh kejap. Selepas jambatan aku nampak gerai jual buah tembikai. Nak beli suku buah dia tak bagi, terpaksa aku beli separuh dari sebiji buah tembikai tu. Punya lah  besar, aku makan pun masih ada baki yang banyak. Angkut letak kat belakang rack. Gasak lah, asal jangan hancur sudah.


Mengembara dengan basikal ni sama saja dengan menggunakan mana-mana kenderaan. Basikal hanya sebagai satu alat untuk bergerak. Maka tiada sebab untuk berasa takut kepada itu dan ini. Tanya kepada diri, 'apa yang aku takut kan ?' Kalau rasa banyak ketakutan sangat, sila senaraikan. Kemudian cari jawapan. Setiap soalan ada jawapannya. Dan jawapannya anda sendiri yang harus menjawab. Bukan aku atau orang lain yang akan beri jawapannya. Aku hanya boleh bagi satu jawapan : '' Kenapa takut, Allah kan ada.''

Kayuhan hari ni seperti biasa. Menghadap cuaca yang panas terik. Tiada cerita yang menarik yang nak dikongsikan sepanjang perjalanan hari ni. Hasrat mahu terus ke pekan Maran tapi sempat dan mampu sampai ke Pekan Tajau saja.


Badan dah letih, tenaga pun dah habis, jadi aku halakan basikal aku untuk mencari masjid terdekat. Bertanya -tanya pada orang tempatan di mana lokasi masjid. Mereka menunjukkan jalan ke masjid yang terletak di atas bukit. Gulps !


Aku tawaf keliling masjid ni kot-kot ada orang atau penjaga masjid. Tak de dan sunyi aja. Masjid ni besar. Ruang wuduk dan tandasnya pun besar. Aku sandarkan basikal pada tiang bersebelahan ruang masuk tempat solat wanita. Aku terus kunci  basikal. Semua bag aku bawak masuk dan aku pergi bersihkan diri dulu sebelum masuk waktu maghrib. Mungkin masa tu nanti ada orang yang datang. Hingga jam 1920 tak ada jemaah yang datang. Peliknya aku. 5 minit kemudian baru aku nampak seseorang masuk, mungkin itu lah imam atau bilal masjid kot.
Lampu dipasang dan kemudian azan dilaungkan. Masa bacaan zikir selepas solat maghrib mata aku saja-saja pandang keliling ke luar pintu 'sliding', aku nampak cahaya api. Kejap menyala kejap padam. macam orang pasang api 'lighter'. Aku pandang ke arah tempat solat lelaki kot-kot cahaya api tu hanya biasan cermin dari belah bertentang. Tak dek pulak. Aku tengok lagi. Eh! ada lagi. Hairan gak. Aku bukak mata aku luas-luas sambil jenguk-jenguk kot-kot ada budak-budak yang main-main luar masjid. Gelap ja.
Sejujurnya masa tu aku memang tak melayan imaginasi. Aku buat tak kesah ja. Bukan lah nak kata aku ni terer dan berani sangat. Aku pun penakut gak, tapi sebab aku yakin, ni kan rumah Allah, kenapa mesti takut. Aku terus ja ikut imam berzikir, sekali sekala jeling gak kat tempat tadi. Dah tak ada dah nampak api. Huhuhu. jangan bagi sikit pun lintasan jahat menginap dalam benak minda aku. Syooh syooh !

Dah selesai berdoa, imam datang jengok aku kat ruang sebelah. Aku terus mintak izin nak bermalam kat situ. Imam tu cakap : 'Boleh ja tak da masalah cumanya berani dengan tidak ja '.
Aku dengar imam cakap cam tu terus aku ucap terima kasih. Langsung tak meneliti apakah maksud imam tu. Haha.. Apa yang penting pada aku waktu tu adalah tempat bermalam. Lain-lain hal aku tak mau tau.
Aku sempat membasuh baju, sidai kain dan masak nasi. Lepas makan aku terus susun beg aku kat tepi pintu. Terus masuk dalam 'sleeping bag'. Imam tu tutup semua lampu dalam ruang solat. hanya lampu kat luar ja dia pasang. Aku bersendirian di dalam masjid di atas bukit. Sebelum pejamkan mata aku baca la ayat pendinding, ayat 3 qul dan doa tidur. Jangan harap aku nak pandang keliling, apalagi nak jeling kat tirai kain yang mengelilingi tempat tidur aku. Terus pejam mata.
Tengah aku tidur, aku terdengar suara salakan anjing kat luar masjid. Gaya salakan anjing tu macam menegur. wooff ! wooff !.. tapi dia tak menyalak. Aku celik mata , tengok jam tepat-tepat jam 0000. Ahh sudahh !
Makin lama suara anjing tu makin dekat. Aku bangun sikit dan angkat kepala keluar dari 'sleeping bag' terus pandang ke luar tempat berwuduk. Aku nampak seekor anjing kat situ. Dia menyalak lagi dua tiga kali memandang atas ke sudut tempat wuduk. Aku boleh tengok dan masuk balik dalam sleeping bag' - sambung tidur. Gonjol ! Aku rasa aku lebih pentingkan tidur dari segala perkara. Aku letih sangat kot. Kecewa 'makhluk' tersebut, niat nak usik aku tak menjadi. Har har har.

nampak anak panah ? kat situ lah anjing tu menyalak
Depan ruang solat wanita, tempat aku letak kasut tu bilik pekakas jenazah. Mujur aku tak tau sejarah tempat ni. Kalau tak jangan harap aku nak tidur sorang-sorang. Berhenti untuk rehat sekejap ja. Bila dah jadi perkara ni, baru aku ingat semula kata-kata imam tu. Patut lah dia cakap ' cuma berani dengan tidak ja' .

~ S A M B U N G  T I D U R ~
Cerita seterusnya..

2 comments:

  1. Replies
    1. Tun pun pelik gak camana masa mengembara hari tu boleh tak ada rasa takut. Entah la. Dalam otak cuma fikir dunia aku dan urusan aku ja. Hal2 keliling langsung tak mo peduli.

      Delete