Hari ke lapan - 13/4/2015
Bukit Besi - Kampung Kuala Ping (74 km)
Keputusan aku untuk bermalam di surau tepi jalan tu memang terbaik, sebab sesampainya aku di Bukit Besi aku kena masuk simpang yang menghala jauh dari laluan utama. Masjid dan surau di tepi jalan pun tak ada. Naya ja kalau aku ikut hati semalam.
Aku terus ikut jalan Kuala Berang. Ketika melintas satu jambatan kecik aku memalingkan muka memandang air di dalam sungai di bawah jambatan tu. Teruja betul. Hijau dan jernih. Nampak batu batu kat dasar sungai tu. Kalau ada kawan ni, memang terjun terus. Kalau berkalau.. cit !
tanda lokasi, bila-bila boleh datang lagi |
Penghujung jalan ni baru jumpa simpang yang menghubungkan Jalan Bukit Besi -Dungun menghala ke Kuala Berang. Di simpang tu ada banyak gerai makan dan stesyen minyak jadi aku berhenti makan dulu sebelum meneruskan perjalanan.
Pagi -pagi kena layan trek felda jugak. Bertabahlah.
warna dan bentuk kubah menarik perhatian aku |
pelan-pelan kayuh akhirnya sampai jugak |
Aku tak berhenti kat bandar Kuala Berang hanya lalu ja sebab baru jam 1330 petang. Nak cari masjid atau surau dulu untuk berhenti rehat. Setelah meninggalkan bandar Kuala Berang aku melalui beberapa buah kampung seperti Kampung Tajin, Kampung Paya Akob, Kampung Matang, Kampung Kepah dan akhir sekali aku berhenti di Masjid Tengkawang. Sewaktu aku sampai di pintu masjid, aku ditegur oleh seseorang sambil memberikan aku ais krim roti, kemudian beliau bertanya tujuan dan ke mana arah aku seterusnya. Beliau adalah guru SMK Matang. Begitu teruja cikgu Abdul Rashid mendengar cerita pengembaraan aku. Bersungguh-sungguh benar beliau nak membantu perjalanan aku. Terima kasih cikgu.
Cikgu Rasyid ni juga seorang traveler, kerana itulah dia memahami kehendak dan keperluan pengembara. Bukan itu saja, cikgu Rasyid sentiasa menghubungi aku untuk mengetahui lokasi dan keadaan aku. Aku pulak yang naik segan dengan keperihatinan beliau.
Hari semakin petang, oleh kerana aku tak pernah sampai ke kawasan ni, jadi aku tak pasti bagaimana rupabentuk jalan di hadapan. Aku ni cepat cemas dan gelabah tak keruan bila setiap perkara yang sudah aku tetapkan tidak menepati masa atau tidak capai sasaran. Aku cemas kerana tak mahu tanggung risiko yang boleh memudaratkan aku. Sebelum aku lagi gabra, aku kena buat plan kecemasan. Hahaha. Berhenti di masjid Kuala Ping. Masa tu pun dah masuk waktu Asar. Masjid dia besar dan ramai orang. Aku dah garu kepala, camana nak minta izin ni. Pada siapa ? Dah la kawasan kampung, boleh ke mereka terima pengembara wanita, sorang lak tu.
Masa aku duduk kat tangga masjid ada seorang pakcik menegur. Dari mana nak ke mana ? Terus aku nyatakan tujuan dan hasrat untuk tumpang bermalam di situ. Lepas solat Asar ramai pulak yang datang berkerumun nak tau cerita. Imam tu cakap, terus terang dia tak benarkan tidur di masjid ni atas sebab-sebab keselamatan, kat kawasan situ ramai penagih jadi dia cadangkan tidur di rumah bilal. Bilal tersebut adalah pakcik yang mula-mula menegur aku tadi. Namanya bilal Yaakob. Aku tak ada pilihan selain dari menerima pelawaan bilal Yaakob.
basikal aku kunci di bawah rumah |
Aku ni segan lah kalau bermalam rumah orang. Nanti buat tuan rumah sibuk buat itu dan ini. Kesian menyusahkan pulak. Lagi-lagi isteri bilal Yaakob tidak berapa sihat. Beliau tak boleh berjalan akibat belakang badannya ditimpa dahan getah masa umur 26 tahun masa sedang menoreh getah (kalau aku tak silap la. Maaf, ingatan aku dah tak kuat sangat ni. huhu ). Sekarang di rumah ni cuma tinggal pak Yaakob, isteri dan seorang anak perempuan yang bernama Ita.
Masa aku sampai di rumah bilal Yaakob cuma isterinya ja yang ada, anaknya Ita ke bandar Kuala Trengganu. Boleh pulak dia talipon anaknya suruh balik cepat. Ala, lecce la ganggu masa orang.
Lewat petang baru Ita balik. Sembang -sembang sambil minum petang , Ita ajak pergi mandi sungai. Dia pun bercerita, masa banjir dulu rumah dia naik air tenggelam jugak la sampai ke lutut.
budi baik dikenang hingga mati. Terima kasih daun keladi |
Sebelum maghrib, masa duduk kat beranda datang lah jiran dan sorang anak lelaki bilal Yaakob, ada lah bersembang tentang laluan yang akan aku ambil esok hari. Semua menasihatkan aku supaya tidak melalui jalan itu sendirian. Bahaya katanya. Dorang memang tak benarkan langsung. Aku terkedu. Lebih baiklah aku dengar nasehat orang kampung kerana mereka lebih tahu hal ehwal kawasan kampung mereka. Nak tak nak terpaksalah aku gunakan kuasa magik yang kedua.
Lepas solat Isyaq, kami makan bersama dengan hidangan yang mudah atas permintaan aku. Nasi, ikan bakar , ulam- ulam dan budu. Tak payah susah-susah makcik. Makan macam ni pun dah buat aku makan bertambah. Terima kasih atas layanan terbaik.
*K U A S A M A G I K D I A K T I F K A N*
sambungan cerita seterusnya..
Orang baik ada di mana2, InsyaAllah. Berbuat lah juga kita kebaikan kpd pengembara lain sbg satu cara tak pangsung membalas budi org spt mereka.
ReplyDelete